my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.
Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

11 Dec 2011

Merindui zaman hingusan :P


Rindunya zaman kanak-kanak!! 
Tak ada langsung masalah, main je hari-hari.
Kena marah pun tak stress, esok dah happy balik main lagi.
Belajar pun senang je, 1+1=2.


Waaaa rindunyaaa T____T 
*cepat sungguh masa berlalu*


pic credit to Google


Motif entry? Monday blues~ esok kerja la weh! >,<



30 Nov 2011

Entrepreneurship Course

Tadi aku kena marah dengan supervisor T__T Sedih gila! Sebab tak tahan sangat aku terus pergi toilet dan melabur menangis tersedu sedan sorang-sorang. yela tak kan lah tiba-tiba nak menangis depan-depan orang kan? nampak sangat lah lemah! Aku kan kuat. Ewah.

Hm apa kaitan dengan Enterpreneurship Course?? Actually kisah ni bersambung after aku join USM GLAD. Disebab kan tiada siapa yang sudi komen, so memang tak payah lah nak explain apa itu USM GLAD kan. har3. kesian betul kau ni.

Enterpreneurship Course hanya lah optional sahaja. So disebabkan time 2 aku tak dapat offer mana2 lagi aku pun join je lah. Course ni more towards business on how to develop our own company in reality. Contoh hari 2, company kami jual barang2 office, macam conference table, photocopy machine, etc. 1st week masuk, aku dapat Purchasing & Stock Control Department. Tugas aku secara ringkasnya kena pastikan stock sentiasa mencukupi & kalau tak cukup kena beli dari supplier. Masalahnya course ni memang betul-betul dia bagi training. Aku kena contact supplier beli barang-barang yang aku nak & diorang akan send quotation. Lepas tu aku kena negotiate discount and credit term baru boleh hantar purchase order (PO). Tapi sebelum 2 aku kena identify fast and slow moving items from Sales & Marketing Department & also kena consult dengan Finance & Accounts Department untuk tahu budget kita berapa. Bukan main suka hati je beli barang. Okay? Bila semua da okay, baru minta approval from General Manager and send PO. Tunggu supplier hantar invoice, Finance akan bayar bila semua setel supplier akan courier barang with the delivery order (DO). Perghh mesti korang pening kan. Haishhh aku hari 2 memang dah nak migrain kot. yela benda yang xpenah2 aku belajar tiba-tiba kena buat memang OUT!

Enterpreneurship Course ni betul2 expose kan aku tentang working environment yang sebenar. Sampai sekali 2 mcm hampir bergaduh jugak lah antara department tapi mujur dapat disettle kan. So tadi bila menangis sorang-sorang dalam toilet, aku tetiba teringat apa yang aku belajar time kursus keusahawanan & USM GLAD dulu. Yeahh! I've to be STRONG!


ni husna~ baru 2minggu join USM GLAD da dapat offer kerja, Assisstant Engineer

ni gambar masa farewell party untuk husna

nampak 'sihat' di situ -_-

I MISS U GUYS!!! <3


FAKTA

Gaji Assisstant Engineer adalah lagi besar dan banyak daripada Research Assisstant!


p/s: Sory aku suka lari topik kan?



28 May 2011

MAK @ IBU @ MAMA @ MUMMY @ UMI etc.


Ok hari ni nak story pasal MAK aku. Walaupun hari ibu da lama lepas tapi tak kesah la kan. tak kan hari ibu je nak cerita pasal ibu, hari-hari laen pun boleh apa. Yela dari aku buat entry yang tak berilmiah baek aku cerita pasal mak aku. mna taw kot-kot boleh dapat pahala ke di pagi-pagi sabtu ni (^___^) Eh actually mak aku nya birthday same date kot ngn Mother's day, 8 May. hihihi


Mak aku ni kan orang nya garang jugak lah. Kalau dia tengah HOT memang habis lah korang semua. teheee.. aku da la jenis malas, ha selalu la dia bising2 kat aku T___T. 


Lagi, mak aku ni jenis jimat, sangat jimat. kira macam pandai lah untuk simpan duet. Aku pulak jenis boros gila, pantang nampak cantik SIKIT, semua nak dibeli. tak kira lah baju ke, beg ke, kasut ke, semua-semua lah aku nak beli. Mak aku selalu lah bebel-bebel kan cakap duit tu simpan lah, nanti sesak2 tak ada duet mana nak cari???!! tapi kan kalau aku da beli, nanti dia mesti ckp eh cantik lah pulak. Mak nak pinjam bawak g ngaji lah bole? T___T. Ni kalau dalam kes beg & tudung lah. Tapi kalau baju-baju dia macam selalu kondem aku ckp baju aku beli semua nya tak lawa, buat penuh almari je ><


Scholarship JPA aku dulu, 1/3 dia suh simpan. kalau ikut kan aku, memang aku TAK simpan tapi sebab mak aku lah kira macam berduet jugak lah  ASB aku 2. Thanks mak!! So bole lah nak beli kereta tahun depan kan. tehehee...


Tapi akak aku tade lah pulak macam aku. kira nya dia macam mak aku lah jenis jimat. ha dulu masa aku sekolah rendah kan, masa tu aku darjah 3, akak aku plak darjah 5. Kitorang satu sekolah, dia pagi aku petang. Aku datang je sekolah mesti nak pergi lepak bookshop. Saje la nak tengok kot-kot ade stock pemadam hello kitty terbaru ke kan. boleh la aku beli. tp ari tu ade plak stock buku cerita kanak-kanak. kecik dan nipis dan comel kot. harga RM1.90. hari tu pulak arwah ayah bagi duet belanja lebih, RM2. sebab selalunya RM1 je. Aku pun di dalam keadaan yang sangat teruja & amat lah yakin beli lah buku 2. kau tahu aku beli buku cerita apa? The Ugly Duckling! sumpah aku ingat! Punya la gumbira dapat buku baru kan, semangat la selak2 baca. tapi for a few minutes only lepas tu aku tetiba menggelabah "alamak! duet tinggal 10sen je, nak makan apa rehat nanti??!, aduhh cam mna ni tak kan nak pinjam kawan??" then tiba-tiba YES! KAK LONG! ha terus aku tunggu dia abes kelas lepas tu cerita lah pung pang pung pang. Dia pun bising lah "yang ko g beli buku tu buat apa?? nah amek 50sen".. teheeee ok sekarang aku ada 60sen, so cukup lah nak makan nanti. Ala dulu semua murah-murah kot dalam 30-50 sen je, sama lah macam mak ayah kau cerita dulu karipap 5sen je satu. kan?

my mom & my sis <3


11 Apr 2011

17th April ?_?

I just cant wait for this coming 17th april!!

Segala penat lelah saya sepanjang semester ini akan berakhir pada tarikh keramat tersebut!!
Lepas 2 wa nak ciao balek umah & dtg balek untuk final exam yg satu paper itu saja on 2nd May

Then after exam bole pergi cuti-cuti malaysia or dgn kate laen nya biomedicine’s graduation trip *wo00t2, mcm gempak gila kan, ha3* yg masih belum diputuskan dimana -_-“ sbb ahli2 lembaga pengarah semua da pening kepala sbb da hujung2 sem poket semua da kering. sape2 yg baek hati bole lah agak2 nak bg sumbangan sikit kan sbb kalau nak mgharapkan duet nuffnang aku ni xpayah lah sbb dari dulu aku tgok asik 30sen je wehhh T_T 

Hahahahahah, padan lah kan update blog pun malas lepas tu malas nk g blog2 walking bagai 2 pasal la blog ko tade sape pun yg sudi nak singgah >,< *menusuk*


*STATEMENT ARTIS*

“Sebenarnya saya bukan malas cuma saya sedikit sibuk sejak akhir-akhir ini dan lagi pula wifi usmkk ni sangat lah tenat sehingga membunuh hasrat saya untuk berbelog walking di belog2 anda semua. MAAFKAN SAYA” c(:

Teheeee :D


Actually tadi baru abes OSPE. jawab OSPE tanpa ILMU di dada T_T. semua dah tinggal masa 3rd year dulu, jd bila buat tadi mcm tak penah belajar. haishh memang lah kami hari-hari masuk lab HUSM 2, tp kami xperform test, observe je so mcm ape yg blaja semua tak lekat. tape lah, tinggal tawakkal sahaja. Semoga berjaya untuk GRAD itu lah matlamat utamanya :)


Okay skrg mahu cerita babak sedih *bayang kan tetbe anda terus dgr soundtrack lagenda budak setan, BILA CINTA*

Pada tanggal yg bersejarah ini juga, 17th April 2011 mr nine saya akan kembali belayar. Waaaaaaaaaaaaaa :’(.... Kali ni mr nine akan belayar jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dan lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. around2 the world for 6months kot T_T.. before ni dia maen area2 malaysia je so mmg selalu bole contact.. tp kali ini saya tidak tahu, sbb sy tak ade pengalaman lagi ?_?

Ini kapal yg dia akan naek..




Ok skrg saya nak cerita pasal padang bola pulak. Anda tahu padang bola?? Bukan futsal court ok tp PADANG BOLA. Ape kaitan? Ok kaitan nye adalah padang bola anda darab kan dengan tiga belas dapat lah besar kapal ni.. hahah, Cuma nak kasi tau besar kapal ni je.. 1st time mr nine bg tahu terus “waaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhh besar gile!”.. tp mr nine mcm relek  gile kn ckp “ ek eleh biasa je 2, ade yg besar lagi kot” saya, “gulppp”. yg kepal kecik sebelah 2 mgkin sebesar feri di penang kot.


so skrg sy confius nak suka ke tak 17 April ni?? hmmmmmm


ok BYE, saya perlu edit thesis >,


p/s: seminggu ini asik bergaduh saja dengan dia T_T

23 Sept 2010

sesungguhnya redha itu terlalu indah :)

"Bila engkau memandang segalanye dari TUHANMU...

yg mencipta segalanya... yg menimpakan ujian...

yg menjadikan sakit hatimu... 

yg membuat keinginanmu terhalang... serta menyusahkn hidupmu...

pasti akn damailah hatimu...

kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkn segalanya untuk sesuatu yg sia2...

bukan ALLAH tdk tahu deritanya hidupmu... retaknya hatimu...

tp mungkin itulah yg DIA mahu...

kerana DIA maha tahu...hati yg sebeginilah yg slalu lunak & indah untuk dekat dan akrab dgnNYA..."





Ya Allah, redhakanlah hati ku dengan segala ketentuanMU.. 


24 Aug 2010

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

boleh dikatakan dalam sebulan ni, aku dengar 3 kematian yg berlaku disekeliling aku. pertama, ayah seorang akak masa aku latihan industri dulu, kedua, ibu ex-schoolmate aku, dan yang ketiga, ayah kepada salah seorang coursemate aku. ini baru diantara orang-orang yang aku kenal. belum lagi yang di luar sana dan orang-orang yang aku tak kenal. memang lagi banyak. pernah juga aku dengar orang cakap "berapa banyak bayi-bayi yang dilahirkan di dunia ni, banyak itulah juga yang akan kembali ke pangkuan ALLAH dalam satu hari tersebut".


sebenarnya aku juga pernah mengalami situasi yang sama. jadi aku tahu apa yang mereka rasa dan aku faham bagaimana keadaan mereka. mungkin orang lain mudah untuk berkata "sabar", "tabah", "berdoa banyak2" dan sebagainya. tapi kita yang rasa jadi kita sendiri yang tahu bagaimana peritnya. berat mata yang memandang, sesungguhnya berat lagi bahu yang memikul. anyway, thanks untuk mereka yang prihatin.


terasa seperti ingin berkongsi kisah duka bersama. bukan untuk meraih simpati atau belas kasihan. tetapi sekadar untuk dijadikan renungan dan agar kita dapat bermuhasabah diri bersama.




Jumaat, 26 Julai 2007, 6.15am
Subuh itu ketika aku sedang solat, tiba-tiba phone ku berbunyi. aku tahu ayah yang call sebab aku set special ringtone untuk ayah. disebabkan tengah solat, jadi aku tak dapat nak jawab. tapi dalam hati terdetik juga "kenapa ayah tiba-tiba call time subuh2 ni". habis solat, phone ku berbunyi lagi dan aku terus jawab. bukan ayah tetapi kak long. melalui suara aku tahu kak long sedang menangis. dia seperti tak mampu nak beritahu aku dan dia pass phone kat makcik aku. makcik aku kate "ayah tenat. dekat ICU. cari tiket balik sekarang". Ya Allah time 2 aku terdiam seketika. ayah sakit? aku cuma cakap oke dan makcik aku terus letak. tak sempat nak bertanya panjang. 


masa 2 aku baru sebulan di USM. boleh dikatakan kawan pun macam ade xde lagi. kenal pun macam2 tu je. selok belok USM ni pun xtahu lagi. jadi aku xtahu nak minta tolong siapa. roomate aku pulak dua-dua budak Kelantan, so memang wajiblah every weekend balik rumah. aku nangis sorang-sorang dalam bilik dan hanya mampu berdoa semoga tak ada apa yang buruk jadi pada ayah. lepas tu aku terus contact sorang ex-schoolmate aku yg study kt USM juga. dia teman aku cari tiket tapi kitorang xtaw nak cari kat mna. and at last aku dapat tiket tapi MALAM! then aku call mak, cakap tiket malam je yang tinggal. yang pagi semua dah habis. mak kata xpelah asalkan ada tiket dan balik. bayangkan lah aku tunggu dari pagi sampai malam baru aku dapat balik ipoh. hanya TUHAN yang tahu apa yang aku rasa masa tu.




Jumaat, 26 Julai 2007, 8.00pm
Malam ni hujan. basah2 aku g tunggu bas dekat bengkel. walaupun payung ada tapi macam tak ade function. 9.15pm bas gerak. then aku call mak cakap dah naik bas. mungkin dalam pukul4 pagi baru sampai. mak kata tak ape, baik2 jalan, dah nak sampai nanti call lagi. aku hanya jawab oke. aku tanya ayah macam mana, mak jawab keadaan ayah dah stabil. aku lega sikit. 




Sabtu, 27 Julai 2007, 4.30pm
Lebih kurang pukul4.30 pagi aku sampai medan gopeng. 2 orang pakcik aku da sedia menunggu. tapi aku pelik kenapa diorang siap berkopiah. aku ingat diorang nak bawak aku g hospital tapi diorang terus bawak aku balik rumah. dalam kesamaran lampu jalan, dari jauh lagi aku boleh nampak khemah2 depan rumah. aku mula berfikir-fikir yang bukan2. dan aku cuba menepis segala andaian yg timbul. aku keluar kereta dan disambut makcik aku depan pintu pagar. dalam hati dah sebak sangat. moga bukan seperti apa yang aku fikirkan. masuk je rumah, aku lihat sekujur tubuh ditutupi kain batik lepas. terus aku terjelupuk  jatuh ke lantai. terasa seperti dunia aku seolah2 berhenti berpusing. mak terus peluk aku dan aku menangis dalam dakapan mak. setelah agak lama aku menangis, mak suruh aku cium ayah. aku tahan air mata sewaktu aku kucup dahi dan pipi ayah. SEJUK! Sebenarnya, ayah dah tak ade sejak petang jumaat lagi. 26 Julai 2007, 4.15pm. tapi xde siapa pun yang maklumkan dekat aku atas arahan mak. sebab dia risau apa2 jadi kat aku sebab aku balik naik bas sorang2 malam 2. 


sekarang dah masuk 3tahun ayah pergi. tapi aku masih terasa seperti ayah sentiasa bersama-sama aku. semangat nya sentiasa bersama ku, dirinya sentiasa di hatiku, dan namanya sentiasa ku bawa. aku xkan lupakan ayah, aku akan selalu rindukan ayah, dan aku akn sentiasa berdoa untuk ayah. kadang2 bila dtg masalah terdetik dihati "sekiranya ayah masih ada.......mungkin kehidupan ku akan menjadi lebih sempurna". tapi siapa lah aku dalam mempersoalkan ketentuanNYA. kerana kita semua ini hanyalah bersifat sementara dan pasti akan kembali kepadaNYA. walaupun ayat2 ku ini seperti ayat2 novel, tapi memang ini lah yg  sebenarnya berlaku terhadap aku. 


puisi dibawah ini adalah nukilan dari kak long ku,

Kasihmu Sampai Ke Syurga


ayah..
pemergianmu secara tiba-tiba,
mengejutkan kami semua,
kami tidak pernah menyangka,
akan kehilangmu dalam sekelip mata,

ayah..
ketika usiamu, kau sihat,
kau ceria dan cergas,
rutin hidupmu tidak pernah sunyi,
ada saja aktiviti yang kau lakukan,

ayah..
sikapmu yang peramah dan suka membantu,
membuatkan ramai selesa mendampingi denganmu,
kau terima tetamu dengan penuh kegembiraan,
kau raikan tetamu dengan kisah ceritamu,

ayah..
kau bukan sahaja seorang ayah bagiku,
kau sahabatku yang setia menemaniku,
disaat aku bahagia dan berduka,
kau sentiasa disisiku,

ayah..
kini kau telah tiada,
setiap kali terkenangkan dirimu,
air mataku pasti menitis,
semoga dirimu bahagia di sana.


...SALAM QASEH TERAMAT RINDU...
..dari kami anak-anakmu..
...AL-FATIHAH...
:(


p/s: salam ramadhan buat ayahku sayang. smoga kau akan sentiasa bahagia di sana. ameen.. I LOVE U DAD!


8 Aug 2010

selamat pengantin baru BALQIS!

entry ini ditujukan khas buat ex-schoolmate yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada 

1 Ogos 2010


congratz to 


BALQIS ASMA SAIDAH 
MUHAMMAD FITRI


semoga bahagia hingga ke syurga. amin :)



the bride and the groom! ;)



upacara potong kek



ololo comel2. 



bersama ex-serataians 01-05


to balqis,
sorry coz tak dapat nak attend wedding kau ari 2. keje banyak sangat sampai tak terbuat. he3. tapi kau memang sangat cantik. memang siyesly bertuah gile si fitri. and congratz to fitri sebab berjaya memakai color pink. anyway, aku doakan kau bahagia dengan fitri selamanya. amin. 

i love you balqis!
Related Posts with Thumbnails