my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.

13 Feb 2012

Siapa nak jadi macam ni??!!

Bismillah..

Okay untuk entry ni aku tak kan cakap panjang-panjang. Korang just tengok & perhatikan betul-betul gambar yang aku upload then nilai sendiri okeh ;)



This is Kak Nadia. Ni gambar sebelum ambil Herbalife. Masa ni berat dalam 65 kg. Ada masalah jerawat, period tak normal. Masa ni jugak saiz jeans 33 dan baju saiz L




Ni gambar selepas ambil Herbalife. Alhamdulillah turun 12kg dalam 3 bulan sahaja!!! Masalah jerawat selesai! Period normal! Yang paling seronok seluar dari saiz 33 ke 28... wow!!!




Masa mengandung pun ambil shake. Tak pernah muntah2 sepanjang mengandung. Badan selesa. Pagi2 tak ada sakit2 pinggang. Masa ni dah 9 bulan dan baru naik berat 11 kg sahaja!!




Ni selepas bersalin. Mase dalam pantang ambil shake Herbalife dan turun 11kg dalam 29 hari sahaja!! Hari ke-7 dah boleh bawa kereta. Yang paling mengagumkan sekarang saiz jeans 26!! Herbalife is the best!!

Credit to FB Nadia Mohd

Nak jadi cantik tertarik menarik macam kak nadia? email okeh :)


11 Feb 2012

Blog Transformation

Bismillah...
Aku rasa sekarang ni blog aku dah transform jadi blog Herbalife. hikhikhik. dulu aku buat blog ni konon nak cerita kisah hidup aku. tapi apa je yang menarik pasal hidup aku yang boleh dikongsikan bersama anda-anda semua? T_T

ADA KE ORANG NAK TAHU PASAL HIDUP KAU? LAIN LAH KALAU KAU GLAMOUR TAHAP ARTIS KE MODEL KE MCMHANIS ZALIKHA! HUK3

Tetapi tidak lagi sekarang. kerana aku sudah ada satu benda yang sangat-sangat luar biasa untuk dikongsikan bersama. tidak lagi hanya sampah sia-sia seperti waktu dulu. kah kah kah. mungkin dari saat ini, aku akan lebih banyak berkata tentang Herbalife. apa Herbalife?? Ya HERBALIFE! Apa kejadahnye Herbalife tu??! Kalau nak tahu kena rajin lah blogwalking di sini *gila tak malu* 

Okeh bye2 :)


8 Feb 2012

Herbalife mahal??

Bismillah...

Masa mula-mula aku nak guna Herbalife, memang aku rasa Herbalife ni mahal. sampai aku minta orang tu tolong sponsor kan separuh. tapi bila aku pergi Herbalife's training & events baru lah aku nampak yang sebenarnya Herbalife ni tak ada lah mahal mana pun. Kita nampak dia mahal sebab bila kita beli produk tu, gedebuk sekali keluar dua tiga ratus. tapi kalau lah kita kira-kira balik, sehari kita keluar berapa ringgit untuk makan? Breakfast dah sampai RM3, lunch pulak mau la dekat RM5. Tak kan la lunch makan telur goreng je kan. atleast mesti ada ayam, sayur, teh ais lagi. Dinner plak mesti kena mee goreng mamak, paling simple pun burger. belum dengan pisang goreng nye, keropok lekor lah. terbang jugak RM4. Jadi bila total tak ke dalam RM12 sehari? Kalau dah sebulan?? dalam RM360 jugak la kan. Itu belum kira weekend lagi yang pergi hang out dengan kawan-kawan mestilah tersangkut jugak dekat KFC, McD, PizzaHut dan lain-lain. so dekat RM400 jugak sebulan untuk makan. betul tak?? 

Nampak tak perbezaan nya kat sini? 

Dah tu semua makanan tu kita yakin ke cukup segala nutrisi yang diperlukan oleh badan kita? memang dah "terlebih" cukup tu sebab yang tak diperlukan oleh badan pun kita belasah jugak kan? heheh. Aku pun dulu macam tu jugak. Tapi dengan adanya shake Herbalife ni dah tak payah risau dah sebab memang confirm cukup nutrisi. dah tu kalori pun rendah :)


Apa salahnya kalau kita keluar duit sikit untuk kesihatan. Duit yang kita keluar kan tu bukannya satu perbelanjaan tapi satu pelaburan untuk kesihatan sendiri. Andai kata *mintak dijauhkan* suatu hari kita jatuh sakit, tak ke memerlukan duit tu? Jadi kenapa tak dari sekarang kita jaga kesihatan dan jaga pemakanan? Kenapa nak tunggu sakit baru sibuk nak menjaga makan?? Kesihatan ini lah yang perlu kita warisi untuk generasi kita seterusnya. Tak kan kita nak mewarisi penyakit turun temurun kan?

ada sekali tu aku pergi Herbalife's training, Musab salah seorang speaker untuk training tu. Musab ni husband kepada Kak Ain. Dia ni memang badan besar gila, tinggi pulak tu. Dia kata dulu orang duk panggil dia gajah, tapi sekarang orang panggil galah. heheh. Dia kata family dia memang jenis badan besar-besar, dalam kategori obese jugak. dan kebanyakan mereka umur baru 30tahun lebih dah kena macam-macam penyakit. yang meninggal awal pun ada jugak. Jadi mak dia dah pesan awal-awal suruh dia jaga makan kalau tak tahu lah nak kata. tapi nak buat macam mana dah memang keturunan/genetik family badan besar kan. Alhamdulillah akhirnya bertemu dengan Herbalife dan total dah hilang 27kg! Ada lagi kisah disebalik tu tapi cukup dulu sampai sini aku cerita. hekhekhek...



Jadi tunggu apa lagi, nak tahu lebih lagi macam biasa sila lah email atau untuk lebih mudah isi form di atas okeh, beboi :)

6 Feb 2012

Herbalife & Pregnancy


Morning everyone!! Have you had your shake today? :)

Okay, malas nak bebel panjang so aku straight to the point je apa yang aku nak share. tengok tajuk pun dah tahu aku akan cakap pasal Herbalife. kalau aku leret-leret nanti tak ada siapa pun sudi nak baca. hek3. Ramai yang bertanya, kalau wanita mengandung/menyusukan anak/dalam pantang boleh ke nak ambil Herbalife? Jawapannya adalah BOLEH! Tiada sebarang keraguan, sebab Herbalife ni bukan nya pil pelansing, ubat kurus, dadah, dan sebagainya yang boleh effect the baby. Tetapi Herbalife adalah makanan nutrisi :)

Sekarang cuba bayang kan. Contoh la si A ni mengalami masalah berat badan. Si A pun ambil la pil pelangsing. Bila dah consume 2-3bulan nampak juga la hasil. Tapi tiba-tiba dapat tahu berita gembira yang A ni dah mengandung. Malangnya pil pelangsing tersebut tidak boleh digunakan oleh wanita mengandung/menyusukan anak/dalam pantang. Jadi A pun terpaksa lah stop consume pil tersebut. kiranya lepas habis pantang baru boleh ambil balik pil tu. Biasalah kan kalau orang mengandung memang badan akan naik. Jadi tak rasa ke macam sia-sia je bersusah payah untuk kurus, tapi bila pregnant terus kena berhenti badan pun naik balik? Rugi kan kan kan? Lagipun kalau produk tu tak boleh diambil oleh golongan-golongan wanita mengandung/menyusukan anak/dalam pantang, tak ke terfikir ada something wrong with that product? hmmm.... kenapa ya??

Antara testimoni wanita mengandung yang menggunakan Herbalife :)

Kak nadia ni dah ada 2orang anak. Masa mengandung memang sentiasa ambil shake. kulit dia memang sangat-sangat lah cantik. baby pun sihat. Kak nadia and husband ada asthma. tapi alhamdulillah anak-anak dia tak ada asthma. body reshape masa dalam pantang lagi :)


Amalina baru berusia 23tahun. Dapat baby masa umur 22tahun. Mengamalkan minum shake masa mengandung dan menyusukan anak, langsung tak ada masalah kegemukan masa mengandung dan susu pun bertambah banyak :)


Kak Ain ni kakak kepada Amalina. Diorang ni satu family minum Herbalife. Kagum betul. Anak Kak Ain, Nu'aym fully breastfeeding sampai umur 2tahun. Sekarang kak ain tengah mengandungkan anak kedua dan amalkan shake macam biasa.

"Pregnant moms! Sila jaga pemakanan anda, kalau during first trimester dah gain 10kg, you maybe end up with 30kg extra after bersalin! :o" -credit to Fb kak ain-





So kalau berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Herbalife boleh email okeh, cik.daisy88@facebook.com :)


2 Feb 2012

Film Review

Okay, hari ni aku nak buat review yang tak seberapa tentang filem-filem yang aku dah tengok sepanjang januari lepas, ewahh macam good2 je kan nak buat review filem :P 

Journey 2: The Mysterious Island.
Ni latest movie aku tengok masa cuti raya cina hari hari tu. Aku nak tengok movie ni sebab aku nak tengok The Rock@Dwayne Johnson je. kui kui kui. Masa kecil-kecil dulu, aku rajin kot melayan wrestling ni. Tapi sekarang aku dah tak rajin dah nak melayan sebab The Rock dah tak ada. Okey berbalik kepada cerita kita, filem ni bagi aku biasa-biasa je. yang buat macam suspen sikit masa kena kejar dengan mengkarung tu. lepas tu aku rasa macam dah tak ada yang menarik. ngaaa. Tapi motif movie ni bagus lah sebab berkisarkan kekeluargaan. Dan aku rasa cerita macam ni sangat sesuai untuk kanak-kanak. Lagipun masa aku pergi tengok tu, macam ramai jugak parents bawak anak-anak tengok movie ni. Cerita dia tak lama pun, 1jam 30minit. Okay la kan tak meleret-leret, tapi tah lah aku rasa macam ada yang kurang. Nak tau kena tengok.





Mission Impossible: Ghost Protocol.
Ni pulak aku tengok sebab nak tengok Tom Cruise. hahahah. tak ada lah. Movie ni aku tengok dekat The Mines. Masa tu dah tak ada cerita yang menarik. So belasah je tengok yang ni. Cerita ni boleh dikategorikan best, tapi sebab aku tak ikut dan tak layan pun MI yang before ni, jadi aku macam tak interested sangat. Lama kot movie ni, dekat 2jam 30minit. Sempat jugak lah kan aku buat air liur basi. kui3. Mungkin masa tu aku penat sangat tu yang sampai boleh tertidur ;)




Sherlock Holmes: A Game of Shadows.
BEST!! itu je yang mampu aku cakap. Tak tengok memang rugi. Sekian review daripada saya *hampeh* ;)



*memang tak berbakat langsung buat review T__T*


24 Jan 2012

Lion's dance!

Dulu masa aku kecil, sejak aku lahir sampai lah tahun 1997 aku duduk rumah flat, kat Menglembu. Flat belakang flat rumah aku tu memang dimonopoli oleh kaum-kaum cina. Tiap-tiap kali Chinese New Year memang akan ada tarian singa dekat flat belakang 2. Bunyi gendang dia sangat-sangat lah kuat, so kitorang budak-budak ni akan lari-lari lah nak pergi tengok. Sekian *xtau nak type ape dahh*


tarian singa berselimut :P

pasukan kompang gendang

macam ni lah yang aku selalu tengok dulu-dulu


Ok bye ;)

22 Jan 2012

Healthy Breakfast

Hello I’m back! teheee :)

Hari ni aku nak share cerita tentang Herbalife. Semenjak dua menjak ni aku macam excited sikit dengan Herbalife~ sebab kesan dia yang sangat-sangat lah awesome ;)

Okay breakfast tadi korang semua makan apa? Nasi lemak ayam goreng?? Mee goreng telur mata?? Roti canai plus teh tarik? WOWW!! Sedapnyeee~ Tetapi korang tahu tak yang sarapan pagi korang akan menentukan pola makanan korang sepanjang hari?



Baiklah secara amnya, corak pemakanan sarapan pagi kita terbahagi kepada 3 jenis:-

(i) Sarapan pagi berunsurkan karbohidrat (Carb-based breakfast)

Kalau yang ni memang biasa sangat lah kan especially orang melayu, paling simple pun nasi lemak mesti ada lah! Setiap pagi, hidangan berunsurkan karbohidrat macam ni akan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya memberikan respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak. 

Kesannya, paras gula dalam darah akan menurun dan menyebabkan kita rasa sentiasa nak makan lagi dan it ends up dengan makan lebih banyak makanan berunsurkan karbohidrat. 

Kadar putaran seperti ini akan berulang 2-3 kali dalam sehari, yang mana akan menganggu organ kita seperti pankreas untuk berfungsi sebaiknya. Kalau dah hari-hari macam ni so bayangkan lah apa yang akan jadi for the next 2,3 years?? Mana tak nya rakyat Malaysia kena pelbagai penyakit macam diabetes, darah tinggi, sakit jantung etc. semuanya bermula sebab tak jaga makan, jadi obes then macam2 penyakit datang.



(ii) Tidak mengambil sarapan pagi (Skipped breakfast)

Okay, yang ni adalah aku dulu. Suka sangat lah skip-skip breakfast atau lebih gemar mengamalkan 'brunch'. Kiranya pukul 11 tu makan untuk breakfast dan lunch sekali. Konon alasan boleh kurus sebab tak breakfast dan lagi satu boleh jimat. Biasalah student kan.

Sebenarnya orang-orang yang macam aku ni (aku yang dulu la, sekarang tidak lagi :P) yang tak ambil breakfast, paras gula dalam darah korang akan menurun secara mendadak sehingga di bawah paras normal. Ini kemudiannya mengakibatkan korang berasa sangat lapar dan tidak bertenaga. Kesannya, badan akan respon untuk mengambil karbohidrat dengan jumlah yang lagi besar untuk mengatasi rasa lapar dan keletihan yang korang rasai.

Karbohidrat yang diambil dengan kuantiti yang banyak ini akan mengakibatkan badan korang terkejut dan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak.

Eh macam sama je ayat tadi. Yelah dah kesannya pun sama seperti mereka yang mengambil sarapan pagi berkarbohidrat :P


(iii) Sarapan pagi sihat (Healthy breakfast)

Okay ini adalah aku sekarang. Hahah yakin sangat kan. Mesti lah yakin sebab setiap pagi aku breakfast dengan Shake Herbalife. Wewitt!! Shake ni cuma ada 200kalori sahaja. Dengan 200kalori ni je macam2 nutrition aku boleh dapat, lengkap!

Alrite, pengambilan sarapan yang seimbang, akan membekalkan cukup nutrisi penting untuk kesemua organ badan tanpa menyebabkan peningkatan paras gula dan insulin dalam badan. Ini membuatkan badan kita lebih respon mengatakan yang kita sudah kenyang dan tidak lagi memerlukan makanan ringan yang tidak sihat seperti snek, coklat dan lain-lain.

Kesannya, badan akan membakar kalori dan menghasilkan tenaga daripada lemak-lemak dari tubuh badan. Dan, ini dapat membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan secara sihat! Weeeeeeee ;)

Jadi bagaimana?? Anda kini termasuk dalam golongan yang mana? Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut, jangan segan silu contact sy :)


15 Jan 2012

Gunung Lang 24 Dec 2011

Cerita dah basi dekat sebulan baru nak update, layannnnnn~ ^__^




okay cukup 3keping dulu :P bye


5 Jan 2012

Kejap ade kejap tak de


Maaf lah tuan blog ni tak istiqamah sikit dalam update mengudate. Kalau datang mood rajin, sehari sampai nak buat 2-3 entry haa. tapi bila hantu malas dia dah datang berbulan kau tak update~!


Baiklah, rasanya masih belum terlambat untuk mengucap kan Selamat Tahun Baru 2012.


Semoga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Jangan lupa untuk bersyukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya lagi. Teruskan USAHA di tahun baru ini dan jangan mudah mengalah. Andai gagal kuatkan semangat dan banyakkan BERSABAR. Jangan berprasangka buruk dan teruskan BERDOA kerana ALLAH itu MAHA MENDENGAR & MENGETAHUI tiap-tiap sesuatu. YAKIN LAH! peringatan untuk diri sendiri

Hargai masa anda :)

19 Dec 2011

Bergambar bersama artis. Eh artis ke?

Siapa tak kenal tak tahu lah nak kata ape. Hyda, hang jeles tak? :P

Tengku Ahmad Tajuddin @ Jidin, wewiittt! *kebetulan sedondon, kui3*

Siapa minat sukan especially hoki confirm kenal! tapi jangan salah faham saya hanya lah peminat sahaja, Jidin telah pun bertunang. perlu mentioned ini kang tak pasal tersebar di ruang-ruang gossip macam KFCM. *larik*


18 Dec 2011

Outing on 17th Dec 2011


hanya ini sahaja yg dibeli + bag (tiada dalam gambar)

Sekian


p/s: xde benda nak tulis tapi nak update jugak maka terhasil lah entry ini *dah mcm wordless wednesday pulak!* :P



17 Dec 2011

The first HOM attended!

Okay hari ni aku nak share cerita sikit, semalam aku pergi HOM dekat Nutrition Club, Taman Melawati. Actually HOM is stand for Herbalife Opportunity Meeting. Yela, I kan sekarang dah jadi pengguna Herbalife tegar, so kena lah attend meeting! :P

can u spot the 'makcik' at my right. berumur 57tahun. sebelum guna Herbalife menghidap kencing manis. tapi alhamdulillah after guna Herbalife, blood sugar kembali normal! kini masih meneruskan Herbalife untuk memaksimumkan tahap kesihatan :)

dengan Ecah yang dah turun 15kg dalam masa 2bulan! cepat gila turun jeles I

HOM ni diadakan setiap hari Jumaat, dan setiap session lain-lain speaker, yang telah berjaya dalam pengurusan berat badan. Pengurusan disini bukan bermaksud kurus tetapi URUS~ Menguruskan berat badan sama ada yg berat nak jadi ringan atau yang ringan nak jadi berat! dan semalam juga aku timbang lagi sekali. YEAY!! turun lagi! walau pun turun sikit tapi okay lah dari tak turun langsung or lagi teruk tiba-tiba naik balik kan *pengsan*

weight (kg) : 50.6
body fat %: 30.3
% body water range : 50.2
muscle mass : 33.3
physique ratings : 5
basal metabolic rate : 1099
basal metabolic age : 26
bone mass: 1.9
visceral fat : 4

Beberapa orang yang tahu aku ambil Herbalife ni macam pelik, kata mereka:
1. "eh ko kurus dah la, xnmpak gemuk pun, buat ape nak ambil Herbalife?"
2. "badan kecik macam ni ko nak diet2 ape lagi??"

Ok kalau mengikut BMI (Body Mass Index), dengan ketinggian 151cm & berat sekarang 50.6kg BMI saya adalah normal (22), ini bermakna berat badan saya adalah ideal.

How to calculate your BMI:
Body weight (kg)/ Body Height (m) x Body Height (m)

BMI Range
Underweight : Below 18.5
Normal : 18.5 – 24.9
Overweight : 25.0 – 29.9
Obesity : 30.0 and above


Tetapi sekiranya melihat pada body fat percentage, dengan usia 23tahun, masih belum berkahwin & tidak mempunyai anak, 30.3% adalah termasuk dalam range obesity! Healthy body fat range untuk mereka yang berusia 20 - 24 tahun adalah dalam lingkungan 22% sahaja. Jadi tidak syak lagi yang simpanan lemak saya adalah berlebihan T__T. Maka dengan sesungguhnya, dengan mengetahui body fat percentage anda adalah lebih tepat dan jitu untuk mengetahui sama ada anda sihat sepenuhnya atau pun tidak jika hanya dibandingkan dengan mengira BMI sahaja. The greater of a body fat percentage that you have, the more at risk you are for certain disease; specifically obesity related illnesses such as heart disease, type 2 diabetes, stroke, and high blood pressure. So, orang kurus tak semestinya sihat & orang gemuk insyaAllah sakit. Jadi jangan ambil mudah dengan kesihatan, takkan kita nak mewarisi penyakit untuk generasi2 kita yang seterusnya ye tak? :)

Okay, now we go to basal metabolic age pulak. Basal metabolic age menentukan sistem tubuh kita berusia berapa. Basal metabolic age sangat berkait dengan basal metabolic rate (BMR). Jadi kalau BMR meningkat makanya metabolic age juga akan meningkat. Masa first time aku timbang, sistem tubuh aku berusia 32 tahun!!! warghhhh 9tahun lagi tua dari actual age! Nanti kalau dah umur 32, ha macam2 penyakit datang kalau tak jaga dari sekarang. Semalam aku timbang, metabolic age aku dah turun 6tahun, jadi 26 selepas 5minggu menggunakan Herbalife. So lagi 3tahun untuk mencapai usia diri yang sebenar :)

Sekarang kita pergi ke visceral fat. Visceral fat adalah lemak yang mengelilingi organ-organ dalaman terutamanya dikawasan perut. Kadang-kadang orang panggil lemak yang tersembunyi because its more deeply embedded in body's tissue and much more dangerous type of fat to beware of. Sebabnya visceral fat ni akan dimetabolize oleh hati menjadi bad cholesterol (LDL). Bad cholesterol ini yang akan block arteries menyebabkan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan juga stroke. Normal range for visceral fat is 1-4. So visceral fat aku dari 5 dah turun jadi 4, tapi rasa macam perlu turun kan lagi ni.

lemak tersembunyi *credit to Google*

Ok, rasanya macam dah banyak sangat aku type untuk entry ni. Kalau siapa yang masih tak paham pergi search sendiri, xpayah nak manja sangat lah kan semua nak maen suap je! buuuuuu!! heheh.. Sorry, Im joking! ;) Ok ini serius, sesiapa yang nak tahu lebih lanjut & nak measure you all punya body fat percentage, BMR, metabolic age, visceral fat etc. secara percuma boleh email saya ye sayang-sayang sekalian,  :) TQ

14 Dec 2011

Double Zinger Burger Free??!!!

Siapa nak DOUBLE ZINGER BURGER FREE 
sila lah dengan kadar segera print out voucher di bawah!

click image for more clear

Seriously pagi tadi KFC telah mengeluarkan voucher online ini untuk mendapatkan Double Zinger Burger secara PERCUMA. Sila lah percaya kalau tak percaya jugak boleh tengok resit ni.

ha percaya tak sekarang? *pic dicuri dari FB adikku*

Tapi sayang berjuta-juta kali sayang kerana petang tadi KFC telah pun menarik balik promotion ini disebabkan kehabisan stok katanya. Melepas lah korang termasuk lah aku T__T *nak challenge prosperity lettew*



13 Dec 2011

Fikiran melayang-layang

Seperti kebiasaan hari Selasa & Jumaat aku ada badminton's game, 6-8pm. Dekat dewan 2 ada surau so jangan nak kata aku tak solat Maghrib okay. Disebabkan KL hari ni banjir kilat di sekitar kawasan Perpustakaan Negara so macam tak ramai la orang yang datang main badminton hari ni. Jadi aku & d'geng pun conquer lah court 2 sampai pukul10. tapi 9.30pm aku da balik, penat!

Jalan Tun Razak dihadapan Perpustakaan Negara tenggelam

Okay, rumah aku tingkat 3, kalau turun aku ikut tangga je kalau naik aku guna lif. Tadi lepas habis main aku pun balik la, then naik lif. button no.3 dah ada yang tekan maknanya ada orang yang akan keluar sekali la dekat 3rd floor nanti. Lif akan naik dari LG > G > 1 > 2 > 3. Aku naik dari LG, dan selalunya dekat G mesti lif berhenti, orang masuk. Tapi tak tahu lah tadi mungkin aku penat sangat kot, bila lif 2 berhenti ade orang keluar, aku buat bodoh aku je & bila pintu lif tutup aku tekan no.3. pastu ade akak 2 tegur, eh tadi la tingkat 3. aku pun macam "erkkk yeke? sorry". Pehh nasib baik la ade orang turun tingkat 4 so aku pun keluar sekali, turun bawah ikut tangga. Adoyai kemana saja lah fikiran ku melayang-layang! (+_-)


Related Posts with Thumbnails