my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.

24 Jan 2012

Lion's dance!

Dulu masa aku kecil, sejak aku lahir sampai lah tahun 1997 aku duduk rumah flat, kat Menglembu. Flat belakang flat rumah aku tu memang dimonopoli oleh kaum-kaum cina. Tiap-tiap kali Chinese New Year memang akan ada tarian singa dekat flat belakang 2. Bunyi gendang dia sangat-sangat lah kuat, so kitorang budak-budak ni akan lari-lari lah nak pergi tengok. Sekian *xtau nak type ape dahh*


tarian singa berselimut :P

pasukan kompang gendang

macam ni lah yang aku selalu tengok dulu-dulu


Ok bye ;)

22 Jan 2012

Healthy Breakfast

Hello I’m back! teheee :)

Hari ni aku nak share cerita tentang Herbalife. Semenjak dua menjak ni aku macam excited sikit dengan Herbalife~ sebab kesan dia yang sangat-sangat lah awesome ;)

Okay breakfast tadi korang semua makan apa? Nasi lemak ayam goreng?? Mee goreng telur mata?? Roti canai plus teh tarik? WOWW!! Sedapnyeee~ Tetapi korang tahu tak yang sarapan pagi korang akan menentukan pola makanan korang sepanjang hari?



Baiklah secara amnya, corak pemakanan sarapan pagi kita terbahagi kepada 3 jenis:-

(i) Sarapan pagi berunsurkan karbohidrat (Carb-based breakfast)

Kalau yang ni memang biasa sangat lah kan especially orang melayu, paling simple pun nasi lemak mesti ada lah! Setiap pagi, hidangan berunsurkan karbohidrat macam ni akan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya memberikan respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak. 

Kesannya, paras gula dalam darah akan menurun dan menyebabkan kita rasa sentiasa nak makan lagi dan it ends up dengan makan lebih banyak makanan berunsurkan karbohidrat. 

Kadar putaran seperti ini akan berulang 2-3 kali dalam sehari, yang mana akan menganggu organ kita seperti pankreas untuk berfungsi sebaiknya. Kalau dah hari-hari macam ni so bayangkan lah apa yang akan jadi for the next 2,3 years?? Mana tak nya rakyat Malaysia kena pelbagai penyakit macam diabetes, darah tinggi, sakit jantung etc. semuanya bermula sebab tak jaga makan, jadi obes then macam2 penyakit datang.



(ii) Tidak mengambil sarapan pagi (Skipped breakfast)

Okay, yang ni adalah aku dulu. Suka sangat lah skip-skip breakfast atau lebih gemar mengamalkan 'brunch'. Kiranya pukul 11 tu makan untuk breakfast dan lunch sekali. Konon alasan boleh kurus sebab tak breakfast dan lagi satu boleh jimat. Biasalah student kan.

Sebenarnya orang-orang yang macam aku ni (aku yang dulu la, sekarang tidak lagi :P) yang tak ambil breakfast, paras gula dalam darah korang akan menurun secara mendadak sehingga di bawah paras normal. Ini kemudiannya mengakibatkan korang berasa sangat lapar dan tidak bertenaga. Kesannya, badan akan respon untuk mengambil karbohidrat dengan jumlah yang lagi besar untuk mengatasi rasa lapar dan keletihan yang korang rasai.

Karbohidrat yang diambil dengan kuantiti yang banyak ini akan mengakibatkan badan korang terkejut dan mengakibatkan kenaikan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. Badan kita kemudiannya respon dengan mengeluarkan insulin dalam kadar yang besar. Insulin ini kemudiannya akan menyingkirkan gula dalam darah kita dan menukarkan lebihannya menjadi lemak.

Eh macam sama je ayat tadi. Yelah dah kesannya pun sama seperti mereka yang mengambil sarapan pagi berkarbohidrat :P


(iii) Sarapan pagi sihat (Healthy breakfast)

Okay ini adalah aku sekarang. Hahah yakin sangat kan. Mesti lah yakin sebab setiap pagi aku breakfast dengan Shake Herbalife. Wewitt!! Shake ni cuma ada 200kalori sahaja. Dengan 200kalori ni je macam2 nutrition aku boleh dapat, lengkap!

Alrite, pengambilan sarapan yang seimbang, akan membekalkan cukup nutrisi penting untuk kesemua organ badan tanpa menyebabkan peningkatan paras gula dan insulin dalam badan. Ini membuatkan badan kita lebih respon mengatakan yang kita sudah kenyang dan tidak lagi memerlukan makanan ringan yang tidak sihat seperti snek, coklat dan lain-lain.

Kesannya, badan akan membakar kalori dan menghasilkan tenaga daripada lemak-lemak dari tubuh badan. Dan, ini dapat membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan secara sihat! Weeeeeeee ;)

Jadi bagaimana?? Anda kini termasuk dalam golongan yang mana? Kalau berminat untuk tahu lebih lanjut, jangan segan silu contact sy :)


15 Jan 2012

Gunung Lang 24 Dec 2011

Cerita dah basi dekat sebulan baru nak update, layannnnnn~ ^__^




okay cukup 3keping dulu :P bye


5 Jan 2012

Kejap ade kejap tak de


Maaf lah tuan blog ni tak istiqamah sikit dalam update mengudate. Kalau datang mood rajin, sehari sampai nak buat 2-3 entry haa. tapi bila hantu malas dia dah datang berbulan kau tak update~!


Baiklah, rasanya masih belum terlambat untuk mengucap kan Selamat Tahun Baru 2012.


Semoga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Jangan lupa untuk bersyukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya lagi. Teruskan USAHA di tahun baru ini dan jangan mudah mengalah. Andai gagal kuatkan semangat dan banyakkan BERSABAR. Jangan berprasangka buruk dan teruskan BERDOA kerana ALLAH itu MAHA MENDENGAR & MENGETAHUI tiap-tiap sesuatu. YAKIN LAH! peringatan untuk diri sendiri

Hargai masa anda :)

Related Posts with Thumbnails