my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.
Showing posts with label bebas. Show all posts
Showing posts with label bebas. Show all posts

11 Feb 2012

Blog Transformation

Bismillah...
Aku rasa sekarang ni blog aku dah transform jadi blog Herbalife. hikhikhik. dulu aku buat blog ni konon nak cerita kisah hidup aku. tapi apa je yang menarik pasal hidup aku yang boleh dikongsikan bersama anda-anda semua? T_T

ADA KE ORANG NAK TAHU PASAL HIDUP KAU? LAIN LAH KALAU KAU GLAMOUR TAHAP ARTIS KE MODEL KE MCMHANIS ZALIKHA! HUK3

Tetapi tidak lagi sekarang. kerana aku sudah ada satu benda yang sangat-sangat luar biasa untuk dikongsikan bersama. tidak lagi hanya sampah sia-sia seperti waktu dulu. kah kah kah. mungkin dari saat ini, aku akan lebih banyak berkata tentang Herbalife. apa Herbalife?? Ya HERBALIFE! Apa kejadahnye Herbalife tu??! Kalau nak tahu kena rajin lah blogwalking di sini *gila tak malu* 

Okeh bye2 :)


15 Jan 2012

Gunung Lang 24 Dec 2011

Cerita dah basi dekat sebulan baru nak update, layannnnnn~ ^__^




okay cukup 3keping dulu :P bye


5 Jan 2012

Kejap ade kejap tak de


Maaf lah tuan blog ni tak istiqamah sikit dalam update mengudate. Kalau datang mood rajin, sehari sampai nak buat 2-3 entry haa. tapi bila hantu malas dia dah datang berbulan kau tak update~!


Baiklah, rasanya masih belum terlambat untuk mengucap kan Selamat Tahun Baru 2012.


Semoga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Jangan lupa untuk bersyukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya lagi. Teruskan USAHA di tahun baru ini dan jangan mudah mengalah. Andai gagal kuatkan semangat dan banyakkan BERSABAR. Jangan berprasangka buruk dan teruskan BERDOA kerana ALLAH itu MAHA MENDENGAR & MENGETAHUI tiap-tiap sesuatu. YAKIN LAH! peringatan untuk diri sendiri

Hargai masa anda :)

19 Dec 2011

Bergambar bersama artis. Eh artis ke?

Siapa tak kenal tak tahu lah nak kata ape. Hyda, hang jeles tak? :P

Tengku Ahmad Tajuddin @ Jidin, wewiittt! *kebetulan sedondon, kui3*

Siapa minat sukan especially hoki confirm kenal! tapi jangan salah faham saya hanya lah peminat sahaja, Jidin telah pun bertunang. perlu mentioned ini kang tak pasal tersebar di ruang-ruang gossip macam KFCM. *larik*


18 Dec 2011

Outing on 17th Dec 2011


hanya ini sahaja yg dibeli + bag (tiada dalam gambar)

Sekian


p/s: xde benda nak tulis tapi nak update jugak maka terhasil lah entry ini *dah mcm wordless wednesday pulak!* :P



13 Dec 2011

Fikiran melayang-layang

Seperti kebiasaan hari Selasa & Jumaat aku ada badminton's game, 6-8pm. Dekat dewan 2 ada surau so jangan nak kata aku tak solat Maghrib okay. Disebabkan KL hari ni banjir kilat di sekitar kawasan Perpustakaan Negara so macam tak ramai la orang yang datang main badminton hari ni. Jadi aku & d'geng pun conquer lah court 2 sampai pukul10. tapi 9.30pm aku da balik, penat!

Jalan Tun Razak dihadapan Perpustakaan Negara tenggelam

Okay, rumah aku tingkat 3, kalau turun aku ikut tangga je kalau naik aku guna lif. Tadi lepas habis main aku pun balik la, then naik lif. button no.3 dah ada yang tekan maknanya ada orang yang akan keluar sekali la dekat 3rd floor nanti. Lif akan naik dari LG > G > 1 > 2 > 3. Aku naik dari LG, dan selalunya dekat G mesti lif berhenti, orang masuk. Tapi tak tahu lah tadi mungkin aku penat sangat kot, bila lif 2 berhenti ade orang keluar, aku buat bodoh aku je & bila pintu lif tutup aku tekan no.3. pastu ade akak 2 tegur, eh tadi la tingkat 3. aku pun macam "erkkk yeke? sorry". Pehh nasib baik la ade orang turun tingkat 4 so aku pun keluar sekali, turun bawah ikut tangga. Adoyai kemana saja lah fikiran ku melayang-layang! (+_-)


Related Posts with Thumbnails