my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.

19 Jun 2011


Malam-malam begini tiba-tiba jiwa terasa resah sendirian *ceeee* . bukan-bukan, sebenarnya resah memikir kan masa hadapan. mencari hala tujuan kehidupan. Entah lah. Kadang-kadang sungguh berasa iri dengan mereka. Siapakah mereka?? Ya mereka yg bergelar sahabat. SIAPA? Sahabat yang mampu mengamal dan mempraktikkan segala ilmu yang ditimba semasa alam remaja persekolahan T___T

Sesungguhnya aku begitu kagum dengan mereka. Terdetik di hati kenapa aku tidak seperti mereka? Ya mungkin ditakdirkan jalan hidup ku begini. Kenapa kau salah kan takdir? Tidak, aku tidak menyalahi takdir tetapi sebenarnya ini semua salah ku sendiri. Ya salah aku yang tidak cuba untuk berubah. Dulu, aku juga seperti mereka. Tapi sekarang. Ahhh mana prinsip hidup ku?? Kenapa terlalu mudah aku berubah. Oh hati tetap lah pendirian mu.

Ya ALLAH, jangan lah kau paling kan hati ku ini setelah kau berikan ku hidayah :'(

what's on my mind now??


blurrr...

..mencari hala tuju kehidupan sebenar..

thinking that I have to change!! 

Change to become a better person than before........

Please, I need your support..

Who??

You

Yes YOU :')

2 Jun 2011

Motivation???


Dulu masa aku sekolah, ade lah sorang kawan aku ni. Memang hebat & pandai gila! Setiap kali exam memang score jek! Padahal kalau korang tengok dia macam tak study je, dah la aktif gila dalam sukan. Sampai masuk peringkat negeri. Petang2 orang laen sibuk pergi kelas konon-konon study, tapi dia pergi training. Tapi tak tahu lah pulak aku kalau dekat dorm dia stay up ke apa, sebab aku dorm lain dengan dia.

Masa dapat result SPM, dia score 12As seyh! Best student kot. Tak ade kot-kot dah memang best student SPM tahun aku 2. Lepas tu budak yang hebat-hebat semua pergi sambung medic under JPA. Dia aku tak sure la mintak ke tak. tapi yang aku tahu dia dapat PASUM tapi tak pergi. Sebab nya dia dapat UTP. ngeee of course la kan, baek pergi UTP. tapi masalah nya dia dapat course IT. bukan lah aku nak kata IT ni tak bagus ke apa, tapi semua orang macam pelik la kenapa dia tak ambil medic ke apa ke kan. lepas 2 dia cakap untuk dapat interview UTP 2 makcik dia yang tolong. So dia macam tak sampai hati la nak tolak. Maka jadi lah dia student UTP *poyo je ayat aku T__T*

Tapi walaupun dia ambil IT, setiap sem score 4 flat kot T___________T. haishhh sumpah gorgeous gila! Sekarang ni dah kerja dah dekat KL, baru 2bulan. Mesti lah keluar-keluar je terus dapat kerja kan. Aku tak tahu lah keje apa, tapi aku macam kagum kot =')

Ok itu je aku nak citer. bye 

1 Jun 2011

walk-in interview


Minggu lepas aku ade la pergi tanya satu kedai kek dekat rumah aku ni ade kerja kosong ke tak. Sebab kat depan kedai dia macam dah terpampang VACANCY kan, so aku masuk je lah tanya. Lepas tu orang tu pun suruh la aku isi form then tanya la aku 2,3 soalan. Last nya dia cakap tunggu dalam masa seminggu kalau ade orang call so u boleh mula kerja.

Tunggu punya tunggu dah seminggu. Tak ade pun orang call. Aku pun dengan yakin pergilah kedai tu balik tanya.

Situasi 1

Aku: Last week saya ada apply job vacancy kat sini. So, saya nak tanya dapat ke tak?
Orang kedai kek: Oo dah seminggu ke? Ade orang call u tak?
Aku: Tak ade
Orang kedai kek: So, tak dapat lah
Aku: Cis *dalam hati je lah* T_____T

Lepas tu aku pun ajak adik aku pergi Pizza Hut. Bukan pergi makan pizza ye, tapi pergi tanya job vacancy

Situasi 2

Buka2 je pintu...
Penyambut tetamu: Selamat datang, makan sini ke bawak balik?
Aku: Erkkk, saya nak tanya ade kerja kosong tak?
Penyambut tetamu: Oo kejap ye..

Then dia bagi lah aku borang, aku pun isi. Sebab kan aku bengkek gila dengan kedai kek tadi, aku pun isi cincai-cincai je. Tulisan tak payah cakap lah. hanya doctor je yang boleh baca. kui3. Adik aku pun cakap, tulis elok-elok sikit ar. Ni macam conteng je. *muahahahahaha*. Lepas dah isi aku pun bagi lah balik, ingat kan dah boleh balik, tapi tiba-tiba dia cakap kejap ye interview dulu. Oo okay.

Manager: Ni tulisan u ke?
Aku: Gulpp! Ye tulisan sy
Manager: Oo u ade degree. Degree ape ye?
Aku: Bioperubatan
Manager: Oo patut lah tulisan camni
Aku: *sengih* (muahahahahahaha mgkin dia ingat bioperubatan ni macam doctor kot)
Manager: Kenapa u nak kerja dekat Pizza?
Aku: Sebab sy nak cari pengalaman  bla bla bla *jawapan standard*
Manager: Berapa lama u nak kerja?
Aku: Sampai saya dapat kerja yang berkaitan dengan ape yang sy belajar dulu
Manager: Kalau kerja sampai 1 pagi macam mna? Mak u tak marah?
Aku: Tak, sebab mak sy tahu sy pergi kerja.
Manager: Sebelum ni pernah kerja mana-mana tak?
Aku: Tak pernah
Manager: Tak pernah langsung?
Aku: Tak
Manager: Umur u berapa?
Aku: 23

Muahahahahah! korang rasa aku dapat ke x? Aku rasa macam tak dapat je, ngeeee. Last nya manager tu cakap lagi 3,4 hari kami akan call. Kalau 3,4 hari tak ade orang call u, so anggap je lah u tak dapat ye.

T________T

kerja oh kerja


Encik kerja tolong lah cari saya, saya dah tak larat nak mencari anda. tolong lah tolong lahhhh!!! T______T

Kenapa lah tade feedback lagi ni? dekat Ipoh ni semua hospital aku dah hantar except Hospital Besar Ipoh sebab itu kerajaan punya jadi macam wajib lah mengisi SPA. 

Yang aku pos resume ade lah dekat sepuluh kot. Semua dekat Selangor & KL. Belum lagi yang aku submit by online. ha cincai-cincai kira dekat Ipoh 6, pos 10, online 10 hmm 26 kot. 

Baek lah mari berfikiran positif. Mungkin rezeki sy belum sampai lagi tapi jangan risau sebab semua aturan kehidupan ini Allah da tentukan. DIA tahu mana yang baek untuk setiap hamba2NYA. Asalkan kita dah berusaha dan berdoa jadi selebihnya serahkan kepada DIA. Ya mungkin bukan sekarang tapi esok lusa minggu depan tahun depan siapa tahu kan T___________T. yang penting jangan cepat mengalah =')





"Dear 'Aishah, remember that all the good things take time. Therefore, be patient, little by little you will go far"


Related Posts with Thumbnails