my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.

13 Feb 2012

Siapa nak jadi macam ni??!!

Bismillah..

Okay untuk entry ni aku tak kan cakap panjang-panjang. Korang just tengok & perhatikan betul-betul gambar yang aku upload then nilai sendiri okeh ;)



This is Kak Nadia. Ni gambar sebelum ambil Herbalife. Masa ni berat dalam 65 kg. Ada masalah jerawat, period tak normal. Masa ni jugak saiz jeans 33 dan baju saiz L




Ni gambar selepas ambil Herbalife. Alhamdulillah turun 12kg dalam 3 bulan sahaja!!! Masalah jerawat selesai! Period normal! Yang paling seronok seluar dari saiz 33 ke 28... wow!!!




Masa mengandung pun ambil shake. Tak pernah muntah2 sepanjang mengandung. Badan selesa. Pagi2 tak ada sakit2 pinggang. Masa ni dah 9 bulan dan baru naik berat 11 kg sahaja!!




Ni selepas bersalin. Mase dalam pantang ambil shake Herbalife dan turun 11kg dalam 29 hari sahaja!! Hari ke-7 dah boleh bawa kereta. Yang paling mengagumkan sekarang saiz jeans 26!! Herbalife is the best!!

Credit to FB Nadia Mohd

Nak jadi cantik tertarik menarik macam kak nadia? email okeh :)


11 Feb 2012

Blog Transformation

Bismillah...
Aku rasa sekarang ni blog aku dah transform jadi blog Herbalife. hikhikhik. dulu aku buat blog ni konon nak cerita kisah hidup aku. tapi apa je yang menarik pasal hidup aku yang boleh dikongsikan bersama anda-anda semua? T_T

ADA KE ORANG NAK TAHU PASAL HIDUP KAU? LAIN LAH KALAU KAU GLAMOUR TAHAP ARTIS KE MODEL KE MCMHANIS ZALIKHA! HUK3

Tetapi tidak lagi sekarang. kerana aku sudah ada satu benda yang sangat-sangat luar biasa untuk dikongsikan bersama. tidak lagi hanya sampah sia-sia seperti waktu dulu. kah kah kah. mungkin dari saat ini, aku akan lebih banyak berkata tentang Herbalife. apa Herbalife?? Ya HERBALIFE! Apa kejadahnye Herbalife tu??! Kalau nak tahu kena rajin lah blogwalking di sini *gila tak malu* 

Okeh bye2 :)


8 Feb 2012

Herbalife mahal??

Bismillah...

Masa mula-mula aku nak guna Herbalife, memang aku rasa Herbalife ni mahal. sampai aku minta orang tu tolong sponsor kan separuh. tapi bila aku pergi Herbalife's training & events baru lah aku nampak yang sebenarnya Herbalife ni tak ada lah mahal mana pun. Kita nampak dia mahal sebab bila kita beli produk tu, gedebuk sekali keluar dua tiga ratus. tapi kalau lah kita kira-kira balik, sehari kita keluar berapa ringgit untuk makan? Breakfast dah sampai RM3, lunch pulak mau la dekat RM5. Tak kan la lunch makan telur goreng je kan. atleast mesti ada ayam, sayur, teh ais lagi. Dinner plak mesti kena mee goreng mamak, paling simple pun burger. belum dengan pisang goreng nye, keropok lekor lah. terbang jugak RM4. Jadi bila total tak ke dalam RM12 sehari? Kalau dah sebulan?? dalam RM360 jugak la kan. Itu belum kira weekend lagi yang pergi hang out dengan kawan-kawan mestilah tersangkut jugak dekat KFC, McD, PizzaHut dan lain-lain. so dekat RM400 jugak sebulan untuk makan. betul tak?? 

Nampak tak perbezaan nya kat sini? 

Dah tu semua makanan tu kita yakin ke cukup segala nutrisi yang diperlukan oleh badan kita? memang dah "terlebih" cukup tu sebab yang tak diperlukan oleh badan pun kita belasah jugak kan? heheh. Aku pun dulu macam tu jugak. Tapi dengan adanya shake Herbalife ni dah tak payah risau dah sebab memang confirm cukup nutrisi. dah tu kalori pun rendah :)


Apa salahnya kalau kita keluar duit sikit untuk kesihatan. Duit yang kita keluar kan tu bukannya satu perbelanjaan tapi satu pelaburan untuk kesihatan sendiri. Andai kata *mintak dijauhkan* suatu hari kita jatuh sakit, tak ke memerlukan duit tu? Jadi kenapa tak dari sekarang kita jaga kesihatan dan jaga pemakanan? Kenapa nak tunggu sakit baru sibuk nak menjaga makan?? Kesihatan ini lah yang perlu kita warisi untuk generasi kita seterusnya. Tak kan kita nak mewarisi penyakit turun temurun kan?

ada sekali tu aku pergi Herbalife's training, Musab salah seorang speaker untuk training tu. Musab ni husband kepada Kak Ain. Dia ni memang badan besar gila, tinggi pulak tu. Dia kata dulu orang duk panggil dia gajah, tapi sekarang orang panggil galah. heheh. Dia kata family dia memang jenis badan besar-besar, dalam kategori obese jugak. dan kebanyakan mereka umur baru 30tahun lebih dah kena macam-macam penyakit. yang meninggal awal pun ada jugak. Jadi mak dia dah pesan awal-awal suruh dia jaga makan kalau tak tahu lah nak kata. tapi nak buat macam mana dah memang keturunan/genetik family badan besar kan. Alhamdulillah akhirnya bertemu dengan Herbalife dan total dah hilang 27kg! Ada lagi kisah disebalik tu tapi cukup dulu sampai sini aku cerita. hekhekhek...



Jadi tunggu apa lagi, nak tahu lebih lagi macam biasa sila lah email atau untuk lebih mudah isi form di atas okeh, beboi :)

6 Feb 2012

Herbalife & Pregnancy


Morning everyone!! Have you had your shake today? :)

Okay, malas nak bebel panjang so aku straight to the point je apa yang aku nak share. tengok tajuk pun dah tahu aku akan cakap pasal Herbalife. kalau aku leret-leret nanti tak ada siapa pun sudi nak baca. hek3. Ramai yang bertanya, kalau wanita mengandung/menyusukan anak/dalam pantang boleh ke nak ambil Herbalife? Jawapannya adalah BOLEH! Tiada sebarang keraguan, sebab Herbalife ni bukan nya pil pelansing, ubat kurus, dadah, dan sebagainya yang boleh effect the baby. Tetapi Herbalife adalah makanan nutrisi :)

Sekarang cuba bayang kan. Contoh la si A ni mengalami masalah berat badan. Si A pun ambil la pil pelangsing. Bila dah consume 2-3bulan nampak juga la hasil. Tapi tiba-tiba dapat tahu berita gembira yang A ni dah mengandung. Malangnya pil pelangsing tersebut tidak boleh digunakan oleh wanita mengandung/menyusukan anak/dalam pantang. Jadi A pun terpaksa lah stop consume pil tersebut. kiranya lepas habis pantang baru boleh ambil balik pil tu. Biasalah kan kalau orang mengandung memang badan akan naik. Jadi tak rasa ke macam sia-sia je bersusah payah untuk kurus, tapi bila pregnant terus kena berhenti badan pun naik balik? Rugi kan kan kan? Lagipun kalau produk tu tak boleh diambil oleh golongan-golongan wanita mengandung/menyusukan anak/dalam pantang, tak ke terfikir ada something wrong with that product? hmmm.... kenapa ya??

Antara testimoni wanita mengandung yang menggunakan Herbalife :)

Kak nadia ni dah ada 2orang anak. Masa mengandung memang sentiasa ambil shake. kulit dia memang sangat-sangat lah cantik. baby pun sihat. Kak nadia and husband ada asthma. tapi alhamdulillah anak-anak dia tak ada asthma. body reshape masa dalam pantang lagi :)


Amalina baru berusia 23tahun. Dapat baby masa umur 22tahun. Mengamalkan minum shake masa mengandung dan menyusukan anak, langsung tak ada masalah kegemukan masa mengandung dan susu pun bertambah banyak :)


Kak Ain ni kakak kepada Amalina. Diorang ni satu family minum Herbalife. Kagum betul. Anak Kak Ain, Nu'aym fully breastfeeding sampai umur 2tahun. Sekarang kak ain tengah mengandungkan anak kedua dan amalkan shake macam biasa.

"Pregnant moms! Sila jaga pemakanan anda, kalau during first trimester dah gain 10kg, you maybe end up with 30kg extra after bersalin! :o" -credit to Fb kak ain-





So kalau berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Herbalife boleh email okeh, cik.daisy88@facebook.com :)


2 Feb 2012

Film Review

Okay, hari ni aku nak buat review yang tak seberapa tentang filem-filem yang aku dah tengok sepanjang januari lepas, ewahh macam good2 je kan nak buat review filem :P 

Journey 2: The Mysterious Island.
Ni latest movie aku tengok masa cuti raya cina hari hari tu. Aku nak tengok movie ni sebab aku nak tengok The Rock@Dwayne Johnson je. kui kui kui. Masa kecil-kecil dulu, aku rajin kot melayan wrestling ni. Tapi sekarang aku dah tak rajin dah nak melayan sebab The Rock dah tak ada. Okey berbalik kepada cerita kita, filem ni bagi aku biasa-biasa je. yang buat macam suspen sikit masa kena kejar dengan mengkarung tu. lepas tu aku rasa macam dah tak ada yang menarik. ngaaa. Tapi motif movie ni bagus lah sebab berkisarkan kekeluargaan. Dan aku rasa cerita macam ni sangat sesuai untuk kanak-kanak. Lagipun masa aku pergi tengok tu, macam ramai jugak parents bawak anak-anak tengok movie ni. Cerita dia tak lama pun, 1jam 30minit. Okay la kan tak meleret-leret, tapi tah lah aku rasa macam ada yang kurang. Nak tau kena tengok.





Mission Impossible: Ghost Protocol.
Ni pulak aku tengok sebab nak tengok Tom Cruise. hahahah. tak ada lah. Movie ni aku tengok dekat The Mines. Masa tu dah tak ada cerita yang menarik. So belasah je tengok yang ni. Cerita ni boleh dikategorikan best, tapi sebab aku tak ikut dan tak layan pun MI yang before ni, jadi aku macam tak interested sangat. Lama kot movie ni, dekat 2jam 30minit. Sempat jugak lah kan aku buat air liur basi. kui3. Mungkin masa tu aku penat sangat tu yang sampai boleh tertidur ;)




Sherlock Holmes: A Game of Shadows.
BEST!! itu je yang mampu aku cakap. Tak tengok memang rugi. Sekian review daripada saya *hampeh* ;)



*memang tak berbakat langsung buat review T__T*


Related Posts with Thumbnails