my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.

24 Aug 2010

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

boleh dikatakan dalam sebulan ni, aku dengar 3 kematian yg berlaku disekeliling aku. pertama, ayah seorang akak masa aku latihan industri dulu, kedua, ibu ex-schoolmate aku, dan yang ketiga, ayah kepada salah seorang coursemate aku. ini baru diantara orang-orang yang aku kenal. belum lagi yang di luar sana dan orang-orang yang aku tak kenal. memang lagi banyak. pernah juga aku dengar orang cakap "berapa banyak bayi-bayi yang dilahirkan di dunia ni, banyak itulah juga yang akan kembali ke pangkuan ALLAH dalam satu hari tersebut".


sebenarnya aku juga pernah mengalami situasi yang sama. jadi aku tahu apa yang mereka rasa dan aku faham bagaimana keadaan mereka. mungkin orang lain mudah untuk berkata "sabar", "tabah", "berdoa banyak2" dan sebagainya. tapi kita yang rasa jadi kita sendiri yang tahu bagaimana peritnya. berat mata yang memandang, sesungguhnya berat lagi bahu yang memikul. anyway, thanks untuk mereka yang prihatin.


terasa seperti ingin berkongsi kisah duka bersama. bukan untuk meraih simpati atau belas kasihan. tetapi sekadar untuk dijadikan renungan dan agar kita dapat bermuhasabah diri bersama.




Jumaat, 26 Julai 2007, 6.15am
Subuh itu ketika aku sedang solat, tiba-tiba phone ku berbunyi. aku tahu ayah yang call sebab aku set special ringtone untuk ayah. disebabkan tengah solat, jadi aku tak dapat nak jawab. tapi dalam hati terdetik juga "kenapa ayah tiba-tiba call time subuh2 ni". habis solat, phone ku berbunyi lagi dan aku terus jawab. bukan ayah tetapi kak long. melalui suara aku tahu kak long sedang menangis. dia seperti tak mampu nak beritahu aku dan dia pass phone kat makcik aku. makcik aku kate "ayah tenat. dekat ICU. cari tiket balik sekarang". Ya Allah time 2 aku terdiam seketika. ayah sakit? aku cuma cakap oke dan makcik aku terus letak. tak sempat nak bertanya panjang. 


masa 2 aku baru sebulan di USM. boleh dikatakan kawan pun macam ade xde lagi. kenal pun macam2 tu je. selok belok USM ni pun xtahu lagi. jadi aku xtahu nak minta tolong siapa. roomate aku pulak dua-dua budak Kelantan, so memang wajiblah every weekend balik rumah. aku nangis sorang-sorang dalam bilik dan hanya mampu berdoa semoga tak ada apa yang buruk jadi pada ayah. lepas tu aku terus contact sorang ex-schoolmate aku yg study kt USM juga. dia teman aku cari tiket tapi kitorang xtaw nak cari kat mna. and at last aku dapat tiket tapi MALAM! then aku call mak, cakap tiket malam je yang tinggal. yang pagi semua dah habis. mak kata xpelah asalkan ada tiket dan balik. bayangkan lah aku tunggu dari pagi sampai malam baru aku dapat balik ipoh. hanya TUHAN yang tahu apa yang aku rasa masa tu.




Jumaat, 26 Julai 2007, 8.00pm
Malam ni hujan. basah2 aku g tunggu bas dekat bengkel. walaupun payung ada tapi macam tak ade function. 9.15pm bas gerak. then aku call mak cakap dah naik bas. mungkin dalam pukul4 pagi baru sampai. mak kata tak ape, baik2 jalan, dah nak sampai nanti call lagi. aku hanya jawab oke. aku tanya ayah macam mana, mak jawab keadaan ayah dah stabil. aku lega sikit. 




Sabtu, 27 Julai 2007, 4.30pm
Lebih kurang pukul4.30 pagi aku sampai medan gopeng. 2 orang pakcik aku da sedia menunggu. tapi aku pelik kenapa diorang siap berkopiah. aku ingat diorang nak bawak aku g hospital tapi diorang terus bawak aku balik rumah. dalam kesamaran lampu jalan, dari jauh lagi aku boleh nampak khemah2 depan rumah. aku mula berfikir-fikir yang bukan2. dan aku cuba menepis segala andaian yg timbul. aku keluar kereta dan disambut makcik aku depan pintu pagar. dalam hati dah sebak sangat. moga bukan seperti apa yang aku fikirkan. masuk je rumah, aku lihat sekujur tubuh ditutupi kain batik lepas. terus aku terjelupuk  jatuh ke lantai. terasa seperti dunia aku seolah2 berhenti berpusing. mak terus peluk aku dan aku menangis dalam dakapan mak. setelah agak lama aku menangis, mak suruh aku cium ayah. aku tahan air mata sewaktu aku kucup dahi dan pipi ayah. SEJUK! Sebenarnya, ayah dah tak ade sejak petang jumaat lagi. 26 Julai 2007, 4.15pm. tapi xde siapa pun yang maklumkan dekat aku atas arahan mak. sebab dia risau apa2 jadi kat aku sebab aku balik naik bas sorang2 malam 2. 


sekarang dah masuk 3tahun ayah pergi. tapi aku masih terasa seperti ayah sentiasa bersama-sama aku. semangat nya sentiasa bersama ku, dirinya sentiasa di hatiku, dan namanya sentiasa ku bawa. aku xkan lupakan ayah, aku akan selalu rindukan ayah, dan aku akn sentiasa berdoa untuk ayah. kadang2 bila dtg masalah terdetik dihati "sekiranya ayah masih ada.......mungkin kehidupan ku akan menjadi lebih sempurna". tapi siapa lah aku dalam mempersoalkan ketentuanNYA. kerana kita semua ini hanyalah bersifat sementara dan pasti akan kembali kepadaNYA. walaupun ayat2 ku ini seperti ayat2 novel, tapi memang ini lah yg  sebenarnya berlaku terhadap aku. 


puisi dibawah ini adalah nukilan dari kak long ku,

Kasihmu Sampai Ke Syurga


ayah..
pemergianmu secara tiba-tiba,
mengejutkan kami semua,
kami tidak pernah menyangka,
akan kehilangmu dalam sekelip mata,

ayah..
ketika usiamu, kau sihat,
kau ceria dan cergas,
rutin hidupmu tidak pernah sunyi,
ada saja aktiviti yang kau lakukan,

ayah..
sikapmu yang peramah dan suka membantu,
membuatkan ramai selesa mendampingi denganmu,
kau terima tetamu dengan penuh kegembiraan,
kau raikan tetamu dengan kisah ceritamu,

ayah..
kau bukan sahaja seorang ayah bagiku,
kau sahabatku yang setia menemaniku,
disaat aku bahagia dan berduka,
kau sentiasa disisiku,

ayah..
kini kau telah tiada,
setiap kali terkenangkan dirimu,
air mataku pasti menitis,
semoga dirimu bahagia di sana.


...SALAM QASEH TERAMAT RINDU...
..dari kami anak-anakmu..
...AL-FATIHAH...
:(


p/s: salam ramadhan buat ayahku sayang. smoga kau akan sentiasa bahagia di sana. ameen.. I LOVE U DAD!


1 comment:

Unknown said...

amin..

be a strong woman, honey..
:')

Related Posts with Thumbnails