my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.

25 Oct 2010

selamat berfinal mungkin

entry ini ditulis di petang hari ketika otak dan hati memang tak boleh nak terima apa yang di study. huhh. kenapakah jiwa selalu kacau? eh. over ayat aku. 

actually tak ada benda penting pun nak story mory. hmm. cuma aku. emmmmmm

okay, walaupun final lebih kurang dalam 2minggu lagi, tp aku rasa macam dah nak wish kat korang semua awal2. heh. aku nak mintak maaf kat orang-orang yang penah terasa hati, berkecil hati, terguris, terhiris, tersentap sebab aku. 

yela kadang-kadang aku neh ikut sedap kepala otak sendiri. cuma kalau aku tengah marah tak payah pujuk. nanti aku lagi besar kepala. kalau aku diam, biarkan saja. let me cool down by myself. nanti bila aku dah okay dan aku sedar aku yang salah, jangan risau. sebab aku sendiri yang akan pergi minta maaf.hati aku tade lah keras sangat.

so buat semua kawan-kawan, selamat menjawab OSPE dan final. kita dah tak lama pun dekat sini. may be ade dalam 6bulan lagi sebelum grad. so harap dalam saat-saat ini akan penuh dengan gelak ketawa dan riang ria. hope korang pun boleh maafkan aku.

ayat ni aku ambil dari status member aku kat dalam facebook

"Kadangkala ada masanya, dalam hidup ini tiba-tiba hati terasa sayu tanpa ada jawapan. Meskipun sekeliling hiruk pikuk, jiwa terasa sepi sendirian. Dunia tumpangan ini kadang2 memang memenatkan. Ya Allah jauhkan kami dari sifat lemah dan putus asa. Kuatkan semangat kami. Tiada alasan untuk kami bermalas-malasan. Jadikanlah akhirat nanti bagi kami benar-benar masa kerehatan"




17 Oct 2010

BFF AND EVER! PART 1



dulu masa sekolah rendah, aku ada seorang kawan yang sangat baek. kami baek start dari darjah empat kot lah. sebab masa tu dia duduk sebelah aku dalam kelas. lagipun masa tu dia jadi ketua kelas dan aku penolong. pergi mana-mana sentiasa sama-sama. semua orang macam dah tahu kat mana ada dia pasti akan ada aku dan kat mana je aku pergi mesti ada dia. so tak susah pun nak cari kami. masa darjah 4&5 kami satu class. bila naek darjah enam dah laen-laen class. sebab dia budak pandai so duduk kelas no.1. aku setakat kelas no.2 je yang layak. tapi if kelas dia yang keluar rehat dulu, dia mesti tunggu aku dekat luar pintu. even kalau aku yang keluar rehat dulu, aku pun akan tunggu dia. lepas 2 pimpin-pimpin tangan sambil hayun-hayun pergi kantin. dia selalu beli laksa, aku pulak dah tak ingat suka beli apa. yang pasti dulu aku tak suka keuy teow *semangat aku google spelling keoy teow*. but now aku dah suka keoy teow. 


lepas tu kami mesti akan beli keropok lekor sorang satu. dulu rehat 20minit je so selalu lah loceng dah bunyi time mengunyah keropok lekor. loceng bunyi 2kali pulak tu. loceng first semua tak boleh gerak. kena statik. so memang ramai lah yang buat aksi patung. mulut ternganga lah, korek hidung lah, even kalau mata pun tak berkelip. bila loceng second bunyi semua kena gerak pergi dataran beratur sebelum masuk kelas. so aku dengan kawan aku ni selalu lah keropok lekor tak habis lepas tu kunyah-kunyah masa beratur. bila prefect datang konon-konon macam nak check barisan cepat-cepat stop kunyah padahal mulut penuh dengan keropok lekor. 


pernah lah dulu aku jatuh motor masa darjah5. berjahit dekat dagu. seminggu jugak lah berbalut. yela takkan lah sebab tu je tak nak pergi sekolah. mahunya kena tali pinggang dengan ayah *ohh rindu*. so bila dah berbalut dagu tu aku pun macam malu-malu ayam je nak pergi kantin makan-makan. lepas aku duduk lah dekat tepi dataran ada rumput2 then aku cakap dekat dia, "kamu2, kamu pergilah makan. kita tak pe je duduk dekat sini" sambil tersenyum. "ala jom lah pergi makan sekali, ta best lah kamu tade" dia cakap pulak. aku geleng2 tetap tak maw pergi. degil! lepas tu dia pun jalan lah sorang-sorang pergi kantin. aku pulak duduk sambil tarik2 rumput. memang jimat sekolah tak payah upah tukang kebun sebab sampai habis aku tarik rumput dekat tepi padang tu. tak lama lepas 2 dia datang. eh sekejap gila kan dia pergi. rupa-rupanya dia beli makanan sekali untuk aku. waaaaa terharu sampai mahu nangis. is3. sob3. 


masa form1 kami still sekolah sama-sama lagi then aku dapat offer masuk sekolah asrama. mula-mula aku takut nak cakap kat dia. risau kalau dia tak bagi aku pergi. lagipun nanti aku mesti akan sedih. sebab bukan senang nak cari kawan and nak adapt dengan tempat baru. satu hari aku tunggu dia datang sekolah. lepas tu bila dia dah datang letak-letak bag semua aku cakap aku dapat masuk sekolah asrama. aku ingatkan dia nak sedih lah kan. tapi dia happy. dia cakap pergilah tapi jangan lupa dia. isk sedih. lepas tu masa form2 penah lah aku datang balek sekolah tu, saja nak jenguk cikgu-cikgu and kawan-kawan lama. masa form3 plak kami keluar pergi makan pizza sama2. lepas tu dah lost contact. tapi aku tak pernah lupa dia. tiap-tiap kali raya aku akan bagi kad sampai lah aku first year dekat usm ni. dalam 2 aku ada bagilah jugak no phone aku. then dia contact aku. tapi masalahnya handphone aku ni suke hilang-hilang. so after 1st year terus lost contact lagi. tapi baru-baru ni aku jumpa dia dekat facebook. wahh sangat happy!! kami sembang macam dah biasa maksud aku tak kekok lah. yela sebab dah sangat lama tak jumpa. okay lepas ni kalau balek ipoh memang confirm akan buat date. dia adalah sebahagian dari hidup aku yang menjadi kenangan zaman kanak-kanak aku. huhhh rindu! btw, jangan tak tahu yang aku sebenarnya ada parut dekat bawah dagu. sekian.



 " ILI DIYANA AMIR SHARIFFUDDIN"

p/s: nantikan part II :)

10 Oct 2010

ten ten ten

happy 10 Oct 10! hahah. wah macam nak sambut apa je! heheh. tapi rasanya memang ramai lah kot nak jadikan hari ini sebagai hari yang paling bersejarah dan bermakna untuk diingati sampai bila-bila. aku? aku?? apa je lah yang aku buat hari ini. heh


sebenarnya 3 minggu lepas wallet i hilang. dia merajuk sebab i penah cakap nak beli wallet baru. tak lama lepas tu dia terus ghaib dari hidup i. *nangis*. masa tu i baru balik cuti raya. dari ipoh ke kelantan. dah sampai stesen bus kota bharu, i duduk-duduk tunggu taxi. tiba-tiba perut i bergendang-gendang macam gendang wushu usm so i pun keluarkan lah wallet dari bag nak beli makanan. lepas tu i tak sedar macam mana dia hilang. sedar-sedar dalam taxi dah nak sampai usm sebab nak bayar duit tambang. menggelabah cari wallet tapi tak jumpa. tapi nasib baik ada seorang lagi student usm yang naik taxi dengan i, so dia yang bayarkan. terima kasih ye awak. naik bilik terus nangis2. penat-penat baru sampai jadi macam ni pulak. memang terduga iman yang senipis kulit bawang. petang tu juga pergi buat report polis dan block semua atm card. malam tu memang jiwa kacau!


petang tadi keluar pergi pasar siti khadijah dengan syazwan sebab akak dia mengidam keropok lekor. mungkinkah?? oohhh oke tak ada apa-apa. dah alang-alang keluar terus pergi buat lesen yang hilang dan ambil IC. actually i buat IC baru sehari selepas wallet i hilang. so dah boleh ambil and now i dah ada IC baru! yeayy!! :p. 


IC baru, lesen baru & atm card's bank islam baru



tapi kena denda lah kan. nasib baek rm50 je sebab membe i penah hilang jugak kena rm100. huh. lesen pun kena bayar rm20. padahal kertas biasa yang di"laminate" je pun. seringgit pun boleh. then pergi kbmall sebab membe i pesan perfume body shop. sempat lah i sental-sental perfume tester kat baju and tudung biar harum semerbak. nanti bila ada duet i nak beli jugak lah satu. hehehe


and last but not least



HAPPY 10TH OCT 10!!!


hahah tetiba je upload pic raya. sbb tak sempat nak buat entry pasal raya. ni semua ex-schoolmate masa sekolah menengah.

ni pulak pic raya bersama coursemate :)


haruslah menginterprem diri sendiri :p


Customizing 'Flash Animated Label Cloud' Tutorial

Sila kunjungi post ini: Flash Animated Label Cloud Tutorial


Oke, bila dah install widget ni, mesti nk edit2 kn? hurmm, ade beberapa benda je yg boleh kita ubah2, dgn hanya menukar sedikit code2 yg sedia ada, m'ikut citarasa anda. Sekarang, pergi ke Blogger Dashboard>Design>Edit HTML, pastikan anda tick pada kotak Expand Widget Templates dan kemudian, cari(tekan Ctrl+f) code seperti langkah2 dibawah.


1. Untuk menukar lebar, tinggi dan warna background kotak, cari code ini,
"tagcloud", "240", "300", "7", "#ffffff");
Lebar = 240, Tinggi = 300, Warna background = #ffffff

2. Untuk menukar text color, cari code ini,
so.addVariable("tcolor", "0x333333");
Text color = 333333


3. Untuk tkr size font, cari code ini,
values='data:labels' var='label'><a expr:href='data:label.url' style='12'>
Size font = 12, yg ini dah oke, nk tkr pon boleh

4. Untuk tkr rotation speed, cari code ini,
so.addVariable("tspeed", "100");
Speed = 100,  yg ini pon dah oke, nk tkr pon boleh.


oke.. ini je pon, yg boleh kita tkr pada widget tuh..




Oke! Selamat mencuba!!

Flash Animated Label Cloud Tutorial

Source: Bloggerbuster


Widget nie m'gunakan kombinasi JavaScript dan animasi Flash, ah, klu dah install tuh, mesti jadi punya, jgn riso sgt.. :p kaler tulisan & background, dan size pon bole ubah m'ikot citarasa anda.. lagi 1, make sure kene la ada flash player kt browser ni, klu ade sesape yg xle tgk label cloud kt blog aishah ni, means xde flash player/xupdate..


Macam mana nak install label cloud nie? oke.. senang jer.. follow these simple steps,


1. Mula", pergi ke Blogger Dashboard, Click design>Edit HTML, kemudian, cari code ni,
(kalau rasa susah nk carik, tekan 'ctrl+f' di keyboard anda. :)


<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>


2. Kemudian, download dan copy code ini, paste dibawah code
(pada langkah pertama) tersebut.



3. Sila click 'Save Template' dan anda boleh lihat hasilnya.. haha..

4. Klu dah jadi, follow blog aishah skali ya? kui3..

p/s: ala~ xpe da jadi, biarkan dlu, utk edit2 kotak label nie.. nty aishah post lg tutorial pd mlm nie.. oke Selamat mencuba! Wassalam :)

8 Oct 2010

bahasa apakah ini? thailand@siam@german@italy @_@

over je gambar ni

Mgnieukt kjiaan Cmabridge Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mnegjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan srceaa mnyeulruh aaslakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna. fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and yuo can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh????




hahahahah :))

7 Oct 2010

matahariku

entry kali ni tak ada kena mengena dengan lirik matahariku yang agnes monica nyanyi tu atau cerita matahari yang lisdawati berlakon bercinta dengan 7jejaka hot.

padi tadi gigih bangun awal sebab nak basuh kaen. dah rendam2 petang semalam ingat nak basuh malamnya. tapi disebab kan awal-awal dah terbongkang tido so tak sempat lah nak basuh. lepas basuh pukul7 terus sidai. balek lab pukul5 petang cess kau xkering kaen2 aku. meroyan oke?!

sebenarnya aku tak paham lah kenapa usm nak buat semua bumbung2 kat ampaian ni? oke bumbung2 tu baru je buat dalam sehari dua ni. mmg emo betol lah aku kan. balek2 kerja lab penat2 ingat ada la orang nak buat kan air kaen2 tu semua kering lah ni tak. so aku pun dilemma wanita sekejap "nak angkat ke tak nak angkat ke angkat ke tak ke ke angkat je". see bertapa dilemma nya aku nak decide. at last aku angkat mana yang kering je yang tak kering tu konon2 nya nak angkat pukul7@8 malam cam 2 la. konon macam boleh la nak kering kan. lepas isyak memang bersungguh oke pergi angkat tapi kecewa untuk kali kedua! pehhh tension aku. so pk2 kang kalo tak angkat benda2 tak baek jadi takut jugak so angkat lah dan buat sotong salai dalam bilik atas katil. sebab hanger tak cukup. 

dulu masa zaman sekolah dekat asrama selalu lah tersebar khabar angin tak elok sidai kaen sampai malam2 sebab takut nanti ada "orang yang khianat" pergi amek stock2 berharga kau lepas tu pergi jampi2 terus meroyan 2,3 malam. memang seram oke! so kaen yang kering ke tak kering ke memang wajibbulghunnah untuk di angkat. bukan lagi sunat muakkad dah.

yang aku tak pahamnya sebab nak buat bumbung tu elok2 la sket. ini kalau hujan pun aku rasa kne jugak tempias nya, kalau nak kata kena panas memang tak lah kan. so memang aku x paham! sbb conclusion nya semua baju-baju 2 takkan kering. aku pun terlupa nak snap pics bumbung2 tu. 

hmm maybe sebab angin monsun timur laut dah nak tiba so 2 pasai lah usm menggelabah kot nak buat bumbung2 ni. nov-mac ni memang confirm2 lah hujan saja. nasib baek laeh encek suami sembilan berlayar di sebelah pantai barat so insyaAllah tak kan dilanda laut yang bergelora-gelora macam hati aku ni ha memang boleh dilanda tsunami pun. motif??




p/s: i need the sun please...

4 Oct 2010

cinta langit dan laut :)


Tahukah korang, langit dan laut saling cinta-mencintai.

Langit sangat sayangkan laut, sehingga warnanya pun seakan laut.

Begitu juga laut, terlalu sukakan langit sampai warna pun seakan sama :)



Once upon a time, datanglah si awan.

Awan melihat kecantikan langit dan terus terpikat.

Tapi langit begitu setia kepada laut.

Langit mahu melihat laut sahaja.


Awan tidak berputus asa.

Maka, awan pun berusaha untuk memikat langit.

Awan luaskan dirinya.

Supaya langit dan laut terpisah dari pandangan.


Laut menjadi begitu geram.

Laut mengeluarkan ombaknya yang kuat.

But malangnya, ombak laut tak dapat mengusir awan :(


Tiba-tiba, datang lah angin.

Angin melihat kesedihan langit dan laut.

Maka, angin rasa perlu mengusir awan supaya langit dan laut dapat bersama.

Dengan kuasa yang ada, angin pun meniup awan.

Awan pun berpecah dan berlalu pergi.


Awan menjadi sedih.

Lalu menangis mengeluarkan hujan.



Hingga sekarang,

kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.

Cuba kita pandang ke hujung laut...

Pasti kelihatan seakan-akan langit dan laut,

sedang berpasangan :")

1 Oct 2010

MAHER ZAIN live in Malaysia

woot woot!! MAHER ZAIN's concert will be in Malaysia! wahhhhhhhhhhhhhhh teruja oke! tapi macam pergi je pun aku ni. semangat je. he3. dengar cerita tiket consert Maher Zain ni awal-awal lagi dah SOLD OUT. memang kecewa meyhh yang tak dapat pergi. hmm disebabkan masa yang tidak mengizinkan dan banyak lagi hal-hal lain tak dapat dielakkan, tak dapat den nak join. but i wished i could go :(


tak tahan weh lagu si Maher Zain ni. memang sedap-sedap and meletop! menusuk qalbu dan menginsafkan! fuhhh serius dah tak tahu macam mana nak cakap. tapi memang admire habis lah!! aku suggest kan anda-anda semua dengarlah lagu Maher Zain ni. confirm jatuh cinta tak tidur malam sebab rasa sangat insaf dan rasa bersyukur dengan setakat apa yang kita ada. 

Antara lagu-lagu yang best

1. Thank You Allah

2. Always Be There

3. Baraka Allahu Lahuma

4. Open Your Eyes

5. The Chosen One

6. For The Rest Of My Life


oke jom layannnn (^_^)
Related Posts with Thumbnails