my friends

How can I help you?

Name:
Email Address:
Handphone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak, Labuan
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improved health
Improved energy
Improved skin
Earn extra income
Extra information that can help me to guide you

This HTML form was created by Freedback.

17 Oct 2010

BFF AND EVER! PART 1



dulu masa sekolah rendah, aku ada seorang kawan yang sangat baek. kami baek start dari darjah empat kot lah. sebab masa tu dia duduk sebelah aku dalam kelas. lagipun masa tu dia jadi ketua kelas dan aku penolong. pergi mana-mana sentiasa sama-sama. semua orang macam dah tahu kat mana ada dia pasti akan ada aku dan kat mana je aku pergi mesti ada dia. so tak susah pun nak cari kami. masa darjah 4&5 kami satu class. bila naek darjah enam dah laen-laen class. sebab dia budak pandai so duduk kelas no.1. aku setakat kelas no.2 je yang layak. tapi if kelas dia yang keluar rehat dulu, dia mesti tunggu aku dekat luar pintu. even kalau aku yang keluar rehat dulu, aku pun akan tunggu dia. lepas 2 pimpin-pimpin tangan sambil hayun-hayun pergi kantin. dia selalu beli laksa, aku pulak dah tak ingat suka beli apa. yang pasti dulu aku tak suka keuy teow *semangat aku google spelling keoy teow*. but now aku dah suka keoy teow. 


lepas tu kami mesti akan beli keropok lekor sorang satu. dulu rehat 20minit je so selalu lah loceng dah bunyi time mengunyah keropok lekor. loceng bunyi 2kali pulak tu. loceng first semua tak boleh gerak. kena statik. so memang ramai lah yang buat aksi patung. mulut ternganga lah, korek hidung lah, even kalau mata pun tak berkelip. bila loceng second bunyi semua kena gerak pergi dataran beratur sebelum masuk kelas. so aku dengan kawan aku ni selalu lah keropok lekor tak habis lepas tu kunyah-kunyah masa beratur. bila prefect datang konon-konon macam nak check barisan cepat-cepat stop kunyah padahal mulut penuh dengan keropok lekor. 


pernah lah dulu aku jatuh motor masa darjah5. berjahit dekat dagu. seminggu jugak lah berbalut. yela takkan lah sebab tu je tak nak pergi sekolah. mahunya kena tali pinggang dengan ayah *ohh rindu*. so bila dah berbalut dagu tu aku pun macam malu-malu ayam je nak pergi kantin makan-makan. lepas aku duduk lah dekat tepi dataran ada rumput2 then aku cakap dekat dia, "kamu2, kamu pergilah makan. kita tak pe je duduk dekat sini" sambil tersenyum. "ala jom lah pergi makan sekali, ta best lah kamu tade" dia cakap pulak. aku geleng2 tetap tak maw pergi. degil! lepas tu dia pun jalan lah sorang-sorang pergi kantin. aku pulak duduk sambil tarik2 rumput. memang jimat sekolah tak payah upah tukang kebun sebab sampai habis aku tarik rumput dekat tepi padang tu. tak lama lepas 2 dia datang. eh sekejap gila kan dia pergi. rupa-rupanya dia beli makanan sekali untuk aku. waaaaa terharu sampai mahu nangis. is3. sob3. 


masa form1 kami still sekolah sama-sama lagi then aku dapat offer masuk sekolah asrama. mula-mula aku takut nak cakap kat dia. risau kalau dia tak bagi aku pergi. lagipun nanti aku mesti akan sedih. sebab bukan senang nak cari kawan and nak adapt dengan tempat baru. satu hari aku tunggu dia datang sekolah. lepas tu bila dia dah datang letak-letak bag semua aku cakap aku dapat masuk sekolah asrama. aku ingatkan dia nak sedih lah kan. tapi dia happy. dia cakap pergilah tapi jangan lupa dia. isk sedih. lepas tu masa form2 penah lah aku datang balek sekolah tu, saja nak jenguk cikgu-cikgu and kawan-kawan lama. masa form3 plak kami keluar pergi makan pizza sama2. lepas tu dah lost contact. tapi aku tak pernah lupa dia. tiap-tiap kali raya aku akan bagi kad sampai lah aku first year dekat usm ni. dalam 2 aku ada bagilah jugak no phone aku. then dia contact aku. tapi masalahnya handphone aku ni suke hilang-hilang. so after 1st year terus lost contact lagi. tapi baru-baru ni aku jumpa dia dekat facebook. wahh sangat happy!! kami sembang macam dah biasa maksud aku tak kekok lah. yela sebab dah sangat lama tak jumpa. okay lepas ni kalau balek ipoh memang confirm akan buat date. dia adalah sebahagian dari hidup aku yang menjadi kenangan zaman kanak-kanak aku. huhhh rindu! btw, jangan tak tahu yang aku sebenarnya ada parut dekat bawah dagu. sekian.



 " ILI DIYANA AMIR SHARIFFUDDIN"

p/s: nantikan part II :)

2 comments:

DarkArtz said...

wahhhhh.........
cerita yang menyentuh hati.......
terutamanya bahagian dia belikan kau makanan tu......
(kesat air mata)

hehehehe..........

MNFT said...

cter yang sad n mnyntuh jiwa...btw ur blog cantekk...kalo adew masew free follow blog kami k...blog kami amat memerlukan support dri blogger seperti anda..thanks..:)

Related Posts with Thumbnails